Feb 10, 2011

Take Good Care. Jagalah..

Had a talk about communication and relation between men and women with Ain and Tika of which I realized there are so many things to be corrected, to be fully managed..
 
One of the level in "Maratib al- Marhabah" (Tahapan cinta) is As-sobabah i.e empathy, which is the level of marhabah dedicated amongst the muslims..

Ever wonder how much we've go beyond this? Beyond the border?
Communicate with non mahram on unnecessary things..
Directly or indirectly having ta'aruf at time and on reasons we shouldn't have to..
Use inappropriate manners according to what Allah had lined us with..

Astaghfirullahalazim
Astaghfirullahalazim
Astaghfirullahalazim

Jauhkan lah Ya Allah, dari kami membawa kemudharatan antara satu sama lain:'(


Every muslim has responsible to each other. Each of us.. Together we help the ikhwan to be a truly good and respected muslim, mukmin. And help the akhwat to be a truly wonderful muslimat, mukminat.. Together we shape a splendid Fardhu Muslim for this ummah!

"Tidak ada seorangpun ynag meninggalkan keburukan yang ia rasakan nikmat, hanya kerana Allah, kecuali ia pasti menemukan gantinya dari Allah."
(Ibnu Sirin)
Ummat Muhammad kuat! Allahumma amin. 

Ikhtilat...Ikhwah...Akhawat


Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari. 

Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.

Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Ana bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian. Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan muhrim:

1.
Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2.
Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran:


 "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik."
 
Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.


4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5.
Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.



*****

May we able to create "biah solehah" in the "redho" of Allah.

"Kongsi dan curahkan mesra, manja & dll dengan yang sepatutnya dan selayaknya sahaja."



A reminder, sure- fire to me and to all of us. 
Insya Allah.
 

8 comments:

roses said...

sama-sama beringat, insyaAllah..:)

mhafiz_ydin said...

Belajar-belajar tundukkan pandangan.. Bukan jalan tunduk-tunduk, nanti jadi bongkok-bongkok..

fuad ansari said...

Selepas membaca tiba2 terasa nak mintak maaf andai selama ini saya telah mengambil mudah soal ikhtilat terhadap saudari tanpa saya sedari..

"Ya Allah, ampunkanlah diriku andai selama ini aku telah mengambil mudah soal ikhtilat terhadap seluruh muslimat yang aku kenali.."

نور توفيقا said...

roses:
Always sama- sama beringat, Insya Allah..

mhafiz_ydin:
Mari tundukkan pandangan tapi tak jadi bongkok..

fuad ansari:
Allahumma amin..
Saya yang minta maaf.
From this time on, kita sama2 jaga satu sama lain betul2, Insya Allah.

Bijen M. said...

Selepas membaca tiba2 terasa nak mintak maaf andai selama ini saya telah mengambil mudah soal ikhtilat terhadap saudari tanpa saya sedari..

"Ya Allah, ampunkanlah diriku andai selama ini aku telah mengambil mudah soal ikhtilat terhadap seluruh muslimat yang aku kenali.."

نور توفيقا said...

Allahumma amin..
Saya yang minta maaf.
Minta maaf banyak2..
From this time on, kita sama2 jaga satu sama lain betul2, Insya Allah.

ukhti,mardhiah said...

salam taufiqa&semua sekali,
*(,^.^,)*
--->Salam maulidur rasul..
benar apa y saudari coret tu..
mari kita menjaga pandangan mata kita betul2..
semoga Allah kurangkan penyakit hati kita semua
Aminn Ya Rabb

نور توفيقا said...

Assalam..

Allahumma amin..

Yes, indeed.. Tapi bukan pandangan mata sahaja..
Also take care of our mind, heart, and soul..
Letaklah "hijab" yang sepatutnya dalam perbuatan kita: the way we behave, we talk, we write, etc..

Jaga dari bawa mudharat pada diri kita, dan apa yang boleh bawa mudharat kepada orang lain.
Tak kira sekecil atau sebesar mana.

Kita tak tahu sekecil2 mudharat kita dah bawa kepada diri kita/ orang lain yang bolehjadi asbab hilang keberkatan & kasih sayang Allah pada kita.

Insya Allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...